Beberapa bulan yang lalu berlangsungnya Hari Belia 2012 peringkat Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi.kebetulan hujung minggu tu tak keje,so bawa la isteri dan anak2 bersiar siar kat sana.Terserempak pula dengan sahabat lama ketika menuntut di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang.Dia ada bersama kelabnya JUDC ada membuka booth dan ada membuat pertunjukan dirtbike untuk keesokan hari.Kalau dah namanya rezeki tu,malam tu saya datang semula ke sana seorang diri diatas permintaan beliau untuk berdiskusi tentang event untuk esok hari.Saya dipilih untuk menjadi photographer kelab mereka sepanjang keesokan harinya.....Alhamdulillah....
Friday, 21 September 2012
Salam
Salam buat semua....Sebenarnya dah lama register blog ini,cuma belum berkesempatan untuk membelek serta mengemaskini kan isi kandungan nya.Maklumlah keje makan gaji.Dah nak setahun baru nak buat blog..hehe..insyaallah saya akan cuba buat yang terbaikk..Saya memang meminati bidang fotografi dari dulu lagi,masa tu hanya fikir sebagai hobi dan tidak terfikir untuk lebih dari itu.Hari berganti hari,teknonolgi semakin canggih,lalu wujud la DSLR.Masa tu nak beli belum mampu,so pinjam dan belajar selok belok fotografi dengan lebih mendalam dari kawan2 yang ada..saya nekad untuk memiliki DSLR dan akhirnya saya berjaya memilikinya.Alhamdulillah pada hujung tahun 2011 saya ditawarkan untuk menjadi salah seorang official photographer untuk Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM) http://www.facebook.com/n9futbol .Maka bermula lah episod saya sebagai freelance photographer.Credit untuk N9futbol.com yang telah memberikan peluang untuk saya menceburi bidang ini dengan lebih mendalam serta meningkatkan lagi kualiti gambar2 saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)